لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai laki-laki” (HR. Bukhari no. 5435)
Apakah khunsa sama dengan banci, bencong dan lelaki lembut?
Merujuk kepada kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah maka akan kita temukan beberapa pengertian khunsa berikut ini:
Dari segi bahasa: Khunsa artinya yang tidak murni lelaki dan tidak juga murni wanita. Atau seseorang yang mempunyai semua yang ada pada lelaki dan semua yang ada pada wanita dari sudut kelembutan.
Sedangkan dari segi istilah syara’: Khunsa adalah mereka yang mempunyai dua alat kelamin, yaitu alat kelamin lelaki dan alat kelamin wanita, atau mereka yang tidak mempunyai kedua-dua alat kelamin tersebut, hanya saja memiliki lubang untuk kencing.
Al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ (bab mirats ‘ashobah) menyatakan, khunsa ialah mereka yang mempunyai kemaluan lelaki dan kemaluan wanita.
Menurut al-Imam as-Sayuthi, jika disebut lafaz ‘khunsa’ secara mutlak, ia bermaksud khunsa musykil.
Mukhannas (Lelaki Berperwatakan Wanita) Bukan Khunsa Menurut Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah ini lagi, khunsa itu tidak sama dengan lelaki lembut atau lelaki yang berpewatakan wanita. Lelaki begini dinamakan sebagai mukhannas.
Mukhannas ialah lelaki yang menyerupai wanita dalam hal lemah gemulainya, tutur katanya, cara melihatnya, gesturnya dan hal-hal yang menjadi ciri khusus wanita.
Sedangkan Mukhannas bukanlah khunsa mereka adalah laki-laki.
Dalam hal ini banyak terdapat hadis-hadis sahih dari Nabi s.a.w. yang melaknat mukhannas. Antaranya adalah riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Daud.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ
Terjemahan: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w. melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan perempuan yang menyerupai laki-laki (HR. al-Bukhari)
Terdapat dua jenis mukhannas:
Pertama: Mereka yang asal kejadiannya adalah begitu, iaitu lembut, gemalai dengan gaya seperti wanita. Golongan ini tidak berdosa dan tidak dilaknat.
Kedua: Mereka yang asal kejadiannya bukan seperti wanita tetapi mereka meniru dan bergaya serta berlagak seperti wanita, termasuk gerak-gerinya dan tutur katanya. Mereka inilah yang golongan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.
Hukum-hukum Yang Berkaitan Dengan jenis kelamin
Oleh kerana khunsa mempunyai dua alat kelamin atau tiada alat kelamin sama sekali, jadi, apa status jenis kelamin mereka?
Menentukan apa jenis kelamin mereka sangat penting kerana ia menentukan hukum-hakam Islam yang berkaitan dengan perbedaan jender antara lelaki dan wanita. Bermula dari hukum-hakam taharah, sholat, dan ibadah lainnya sehingga kepada hukum-hakam muamalah, faraidh, warisan, nikah kahwin dan jinayah.
Sebagai contoh, sholat berjamaah, seorang wanita boleh menjadi makmum kepada lelaki. Sebaliknya lelaki tidak boleh menjadi makmum kepada imam wanita. Kalau khunsa bagaimana?
Akan datang akan dijelaskan secara ringkas masalah-masalah hukum yang berkaitan dengan jenis kelamin.
Pembagian Khunsa
Khunsa ada dua jenis, yaitu:
Pertama Khunsa ghair musykil
Khunsa ghair musykil adalah yang telah jelas jenis kelaminnya, baik itu lelaki atau wanita melalui beberapa tanda. Jika terdapat tanda bahwa dia adalah lelaki, maka dia adalah lelaki. Kalau ada tanda wanita, maka dia adalah wanita.
Golongan ini adalah lelaki atau wanita yang mempunyai anggota tubuh yang lebih.
Dari segi hukum-hakam yang berkaitan dengan jenis kelamin, maka mereka dihukum berdasarkan apa yang nyata dari tanda jantinanya.
Kedua Khunsa musykil
Khunsa Musykil adalah seseorang yang tidak jelas jenis kelaminnya. Tidak ada tanda-tanda untuk mengenal pasti apa jenis kelaminnya.
Khunsa musykil ini :
1. Mempunyai dua alat kelamin, lelaki dan wanita, namun tidak ada tanda-tanda alat kelaminnya cenderung kepada mana-mana jenis kelamin ke arah lelaki atau wanita.
2. Tidak mempunyai alat kelamin samasekali. Yang ada hanyalah lubang untuk kencing.
Bagaimana Menentukan Jender Khunsa?
Para fuqaha’ ada membahaskan persoalan ini di dalam kitab-kitab mereka. Mereka menjelaskan beberapa cara untuk menentukan jenis kelamin.
Al-Imam al-Nawawi menyatakan bahwa kelamin khunsa dapat dikenal pasti dengan melihat: Kencingnya melalui alat kelamin yang mana.
Menghitung jumlah tulang rusuk Untuk menentukan kelamin khunsa, Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah membagikannya kepada dua tahap:
Tahap pertama: Sebelum baligh Menurut jumhur ulama pada usia ini, pada tahap ini kelamin ditentukan melalui kencingnya alat kelamin yang mana. Kalau alat kelamin lelaki, maka dia adalah lelaki, kalau alat kelamin wanita, maka dia adalah wanita.
Berikut ini beberapa masalah dalam penentuan melalui lubang kencing: Bagaimana kalau khunsa itu kencing melalui kedua-dua alat kelaminnya?
Menurut Ali, Muawiyah, Said bin Musayyib, Jabir bin Zaid dan ahli ilmu lainnya; alat kelamin ditentukan dengan melihat kencing keluar melalui alat kelamin yang mana dahulu.
Menurut ulama Malikiyah, Hanabilah, Abu Yusof, Muhammad dari kalangan Hanafiyah bahawa penentuan jantinanya berdasarkan kuantiti air kencingnya. Yaitu dengan melihat alat kelamin mana yang lebih banyak mengeluarkan air kencing. Kerana kuantitinya menunjukkan ciri jantinanya. Dan jika kuantitinya sama banyak, maka dia termasuk khunsa musykil.
Namun sebahagian ulama Malikiyah berpendapat, bahawa yang dimaksudkan dengan kuantiti kencing di sini bukanlah dari sudut timbangannya. Ia bermaksud, jika dia kencing dua kali melalui faraj dan sekali melalui zakar, maka jantinanya adalah wanita. Sekalipun ketika itu, dari segi kuantiti timbangan yang keluar melalui zakar lebih banyak lagi.
Di sana terdapat sebahagian fuqaha yang tidak bersetuju penentuan jantina dengan cara melihat kepada kuantiti air kencing. Kerana tidak hujah yang kukuh mendokongnya. Kuantiti keluar air kencing bukan disebabkan asli atau tidak alat kelamin berkenaan, tapi lebih kepada luas atau sempitnya saluran kencing.
Tahap kedua: Khunsa bisa diidentifikasi Selepas baligh dari beberapa kriteria dibawah ini:
- Berjanggut – Lelaki
- Keluar mani melalui zakar – Lelaki
- Hamil – Perempuan
- Bisa menghamilkan perempuan – Lelaki
- Mempunyai sifat berani dan sifat kepahlawanan – Lelaki
- Mempunyai daya tahan terhadap musuh – Lelaki
- Tumbuh payu dara – Perempuan
- Keluar susu dari payu dara – Perempuan
- Kedatangan haidh – Perempuan
- Boleh disetubuhi – Perempuan
- Dapat melahirkan – Perempuan
- Keinginan khunsa ke arah mana-mana jantina dapat diguna pakai apabila tidak mampu mengesan tanda-tanda yang dinyatakan sebelum ini. Jika dia mempunyai keinginan terhadap lelaki, maka dia adalah perempuan. Kalau ke arah perempuan, maka dia adalah lelaki. Kalau keinginannya terhadap lelaki dan perempuan, maka dia adalah khunsa musykil.
- Menurut al-Fiqh al-Manhaji, dengan perkembangan sains perubatan pada masa kini, menyebabkan kemungkinan khunsa musykil adalah minima. Ini kerana kecanggihan perubatan masa kini dapat menentukan status jantina khunsa.
- Jika diandaikan perubatan moden gagal menentukan status jantina khunsa musykil, maka ia akan tetap kekal sebagai khunsa musykil.
Tulang Rusuk Hawa Dari Adam?
Tulang rusuk Hawa berasal dari Adam menyebabkan timbul kepercayaan bahwa jumlah tulang rusuk lelaki tidak sama dengan wanita.
Sebenarnya tulang rusuk lelaki dan wanita adalah sama banyak, yaitu 24 (12 kanan dan 12 kiri)
Kisah yang popular bahwa hawa berasal dari tulang rusuk Adam adalah riwayat Israiliyat dan berlaku salah faham dalam memahami teks al-Quran dan al-Hadis. Ia lebih berbentuk perumpamaan, bukan sebenarnya.
Berlaku perselisihan pendapat mengenai apakah nas-nas syara’ yang ada itu berbentuk hakikat atau hanya perumpamaan.
Bilangan cabang rusuk (ms.wikipedia.org/wiki/Sangkar_rusuk_manusia) Jumlah bilangan cabang rusuk telah dicatatkan oleh ahli anatomi Flemish yaitu Vesalius dalam kerja kuncinya berkenaan dengan anatomi De humani corporis fabrica pada tahun 1543, dimana penemuannya tu telah mencetuskan gelombang kontroversi yang besar, berdasarkan catatan biblikal berkenaan kisah Adam dan Hawa, wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, sekaligus menyifatkan lelaki mempunyai satu cabang tulang rusuk yang hilang berbanding wanita, atau lebih tepat lelaki mempunyai 23 cabang rusuk, dan wanita ada 24 cabang rusuk. Namun dalam penemuan Vesalius, kedua-dua jantina biasanya mempunyai jumlah cabang rusuk yang sama iaitu 24 cabang rusuk. Variasi bilangan cabang rusuk telah pernah terjadi. Namun nisbahnya 1 dalam 200-500 orang sahaja yang mempunyai tambahan rusuk servikal, dan biasanya wanita mendominasinya. Intratorasik rusuk supernumerari biasanya jarang berlaku.
Hukum-hukum Berkaitan Khunsa Musykil
Kaedah umum dalam hukum-hukum berkaitan dengan khunsa musykil ialah dengan mengambil yang lebih berhati-hati dan lebih dipercayai dalam urusan agama.
- Batasan aurat
- Batal atau tidak wudhuk dengan menyentuh kemaluan
- Kewajiban mandi dengan ilaj tanpa inzal
- Azan
- Kedudukan saf solat jamaah
- Imam solat jamaah
- Haji dan ihram
- Hukum memandang dan khalwat
- Penyusuan
- Iqrar
- Kesaksian dan penghakiman
- Qisas
- Diyat
- Aqilah dalam diyat
- Qasaamah
- Had qazaf
- Khitan
- Memakai perak dan sutera
- Mandi mayat, kafan dan pengkebumian
- Warisan
Demikian tulisan yang berisi penjelasan tentang pengertian khunsa dan segala konsekwensi hukum yang berkaitan dengan khunsa maupun mukhannas. Semoga bermanfaat.