Fatwapedia.com – Nama penuhnya ialah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib dan dilahirkan di sebuah kampung bernama Harus, Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan . Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah Binti Syeikh Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.
Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Seterusnya berhijrah ke tanah suci Mekah dengan memasuki Madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian umum yang diadakan di Masjidil Haram dan juga dirumah para masyaikh.
Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz di Madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Pada tahun 1983 pula beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al Azhar asy Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat kelulusan sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am ” Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990.
Diantara guru-gurunya ialah :
1. Syeikh Hassan Masyath
2. Syeikh Muhammad Yasin Isa al Fadani
3. Syeikh Ismail Utsman Zain al Yamani al Makki – Guru utamanya
4. Syeikh Abdullah Said al Lahji
5. Syeikh Sayyid ‘Amos
6. Syeikh Muhammad ‘Iwadh al Yamani
7. Syeikh Zakaria Bila al Indonesia
8. Syeikh Muhammad Syibli al Banjari
9. Syeikh Karim al Banjari
10. Syeikh ‘Abdul Karim al Bukhari
11. Syeikh Adnan al Afnani
12. Syeikh Saifurrahman
13. Syeikh Sahili al Anfanani
14. Syeikh Said al Bakistani
15. Syeikj Muhammad Zakaria al Kandahlawi
16. Habib ‘Abdul Qadir as Saggaf
17. Syeikh Muhammad Muntashir al Katani al Maghribi
18. Syeikh Habib as Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki
19. Syeikh Muhammad Makki al Hind
20. Syeikh Muhammad Makhluf
21. Syeikh ‘Abdullah Bin Hamid
22. Syeikh Muhammad Mutawalli asy Sya’rawi
23. Syeikh Ali Jadul Haq
24. Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim
25. Syeikh Muhammad Tayyib an Najjar
26. Syeikh Muhammad ‘Abdul Wahid
27. Syeikh Abul Hasan ‘Ali an Nadwi
28. Syeikh ‘Atiyyah Saqr
29. Syeikh Hussin
30. Syeikh ‘Abdul Hafidz al Hind
31. Syeikh Ahmad Umar Hasyim
32. Syeikh Abdusshobur Syahin
33. Syeikh ‘Abdul Fattah
34. Syeikh Nashr Farid
35. Syeikh Yusuf Mahyuddin al Hasani asy Syadhuli ad Darqawi
Setelah menamatkan pengajian di Universiti al Azhar beliau menumpukan perhatian dalam mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat Universiti al Azhar sendiri.
Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor, rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah, di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga telah menghasilkan kitab kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ ini.
Syeikh Nuruddin telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu’tabar lebih dari 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.
Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik buat Syeikh. Aamiin
Sumber: AF Ustaz Abu Zahrah