Skip to content
FatwaPedia
Menu
  • Kesehatan
  • Tips
  • Tekno Pedia
  • Pendidikan
  • Marketing
Menu

Siapa Syaikh Hassan Dedew?

Posted on October 7, 2022
Fatwapedia.com – Al-A’llamah Syeikh Hassan Dedew As-Syanqiti merupakan seorang ulama’ Syanqit yang begitu alim didalam pelbagai cabang ilmu. Beliau dilahirkan pada tahun 1965 di Ummul Qura sebuah kampung kecil di Mauritania. Dibesarkan oleh ibu dan ayah dengan didikan agama yang cukup dan mantap.
Kisah Kehidupan Syeikh Hassan Dedew.
1) Ibunya berketurunan Bani Hashim dan ayahnya berketurunan Kabilah Humayri. Ibu bapa beliau memberikan beliau didikan agama yang sangat cukup. Syeikh Hassan Dedew menghabiskan hafalan Al-Quran ketika berusia 8 tahun. Diberikan kelebihan dari Allah SWT kepada beliau seperti ingatan yang sangat kuat dan kefahaman yang cepat membuatkan beliau mudah untuk menghafal matan-matan kitab dalam bidang Aqidah, Fiqh dan sebagainya ketika beliau kanak-kanak.
2) Beliau mempelajari 10 Qiraat dengan ibunya dan matan kitab yang terpilih. Membesar dalam suasana agama yang sangat subur ketika kecil membuatkan beliau lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. Beliau mempelajari kitab hadith iaitu Muwatok Imam Malik dengan datuknya iaitu Al-A’llamah Syeikh Muhammad bin Ali Bin Abdul Wadood As-Syaqiti merupakan ulama’ besar Mauritania suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan Feqah, Aqidah, Hadith dan ilmu-ilmu yang lain beliau sempat belajar dengan datuknya sendiri.
Kata Syeikh Hassan Dedew, beliau tiada masa untuk bermain ketika kecil hanya belajar, belajar dan belajar sahaja.Beliau sangat menyayangi datuknya kerana kebanyakan ilmu yang beliau menuntut ialah daripada datuknya sendiri. Jika beliau mahu mengatakan sesuatu seperti sanad hadith, beliau akan berkata “Syeikh aku, yaitu datuk aku”.
3) Syeikh Hassan Dedew mempunyai ingatan yang sangat kuat. Mengajar tanpa melihat buku atau kertas walaupun satu helai mengangkat satu budaya di Syanqit kepada dunia pada hari ini.Kerana mengajar di Mauritania menggunakan kitab ialah satu aib yang sangat besar dalam kalangan mereka.
4) Beliau menghabiskan kitab-kitab manhaj hafalan Syanqit ketika berusia 18 tahun. Menghafal Kutub Sittah, Muwattok dan kitab hadith yang lain berserta sanad dan syarahnya menjadikan beliau sangat terkenal dalam bidang hadith. Antara ulama’ Morroco yang mengambil sanad hadith daripada beliau ialah Syeikh Said Kamali. Jika ditanya kepada orang Mauritania sekarang berkenaan ulama’ modern dalam bidang hadith maka mereka akan menjawab “Dedew, Dedew, Dedew”. Satu anugerah yang sangat besar dari Allah SWT kepada beliau.
5) Beliau mempelajari fiqh 4 mazhab di luar negara (Maliki di Mauritania) seperti di Madinah, Mekkah dan sebagainya. Diantara ulama’ yang bersifat “pertengahan” dalam perkara khilaf.Ini yang kita mahu.
6) Merupakan ulama’ syanqit yang disegani oleh ulama’ “senior” di Mauritania. Walaupun begitu, beliau masih menghormati dan menghargai penghormatan tersebut terhadap ulama’ besar di Mauritania.
7) Beliau juga diantara ulama’ Syanqit yang sangat aktif dalam bidang politik. Pergi ke sebuah negara ke sebuah negara dan disegani oleh setiap negara yang beliau pergi termasuk Malaysia. Dan mengikut maklumatnya, beliau menganggotai Ahli Jawatan Kuasa Kesatuan Ulama’ Sedunia (Ambe tak pasti bahagian apa). Beliau juga antara ulama’ Syanqit yang hadir ketika persidangan KL Summit baru baru ini.
8) Membuka sebuah institusi pendidikan yang diberi nama “Markaz Takwin Ulama’ ” ( مركز تكوين العلماء ) tetapi sudah ditutup oleh kerajaan Mauritania kerana masalah politik. Mayoritas ulama’ Syanqit mahupun luar negara antaranya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang menentang akan penutupan Markaz Takwin Ulama’ ini. (Kalau cerita bab ini panjang pula jadinya. Rilek-rilek jee) Penutupan Markaz ini ialah satu kerugian yang amat besar kepada umat Islam. Doakan moga markaz ini dapat dibuka semula, In shaa Allah.
Penulis: Umar Ali, Orang Wakaf Mempelam, 7 Mei 2020.

Related posts:

  1. Bukan Pasukan Biasa (Kisah Sang Penakluk Negeri Persia)
  2. Bikin Bangga, Ini Biografi, Prestasi dan Kiprah Anies Baswedan bagi Indonesia
  3. Sepenggal Kisah Said Nursi: Profil, Pendidikan, Karya dan Pemikiran
  4. Biografi Singkat Pengarang Kitab Alfiah dan Perjalanan Ilmiyahnya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Why Omnichannel Crm Is The Key To Customer Satisfaction
  • Omnichannel Crm Software: Top Solutions For Business Growth
  • The Future Of Omnichannel Crm: Trends And Predictions
  • Omnichannel Crm: Challenges And Opportunities
  • Homeowners Insurance Quotes Rhode Island: Compare and Save
©2025 FatwaPedia | Design: Newspaperly WordPress Theme